Monday, October 20, 2014

I Want to Touch Al Quran

Assalamualaikum warahmatullah..

Hai ollz..

Hari ni tak banyak keje nak dibuat. Sbb student cuti. Tapi I tetap kena datang keje. So Dari melangut berangan kosong membuang masa, baik lah mencoret dekat sini. Ada juge faedahnya kan. InsyaAllah.

Sekarang tengah hot isu satu event ni. I want to Touch a Dog.
Hmm I tak boleh nak komen sebab isu ni sensetif and I tak tau apa niat and tujuan dianjurkan. So to be fair, I mendiamkan diri and let those ustaz2 n ulama yg arif utk mengulas.

Rasanye better kita sbg Muslim promote kempen I Want to Touch AlQuran. Ni satu usaha yg sgt mulia and termasuk kerja dakwah jugak. Mengajak Muslim n not yet muslim lebih dekat dgn Quran.
Semua orang pun tau kan. Setiap huruf dari Quran yang kita baca tu diberi 10 pahala atau 10 kebaikan. 
MashaAllah..

 

Tapi sebenarnya nak ajak diri sendiri lebih rapat dgn Quran. Diri sendiri ni pun selalu lalai. Adoyai...Lebih byk masa berfb dri berQuran. Hukhuk. Sadisnya. 

What if?? Allahurabbi..

Godek2 Mr Google, jumpa la Tips2 untuk Istiqomah membaca Quran ni. Jom kite tgk.

1. Niat yang ikhlas kerana Allah.
Bila niat ikhlas krn Allah,automatik hati akan jd penolak dan mendorong kita utk istiqamah. 

2. Membawa Al-Quran ke mana-mana.
Yang ni sangat mudah. Boleh install je app Quran dekat fon. Cume.kena selalu bukaklah. Kalau asyik tekan button 'f' je selalu,tak jadik jgk. Hehe. 

3. Mengelakkan daripada membuang masa dengan perkara tidak berfaedah.
Contoh: Berbual kosong. Termenung.

4. Menetapkan masa khusus untuk membaca Al-Quran.
Depends pada individu. Kalau nak senang,tetapkan setiap kali lepas solat,mesti baca minimum 1page. Lebih lagi bagus.InsyaAllah istiqamah.
 
5. Membaca dan menulis tentang isi kandungan Al-Quran yang dibaca.
Ini susah sikit. Tapi sama2 la kita cuba. InsyaAllah.

Mudah_mudahan kita ditetapkan hati dan menjadi orang yg mencintai AlQuran. Sebab Quran akan jadi syafaat kita untuk ke syurga nanti. InsyaAllah.Aameen.


Oke all. Renung2kan dan selamat beramal. May Allah bless.

HaPPy DaY

Assalamualaikum warahmatullah..

Kembali lagi. ^_^
Hari ni nak mencuba post entry  via blogger app guna handfon.Hihi.. Namun tak berjaya. Tak dapat nak upload gambar.So at last guna laptop jugak.

Cantik kan?? Hee..

Alhamdulillah hari ni berlalu dengan baik. Mood gumbira je. Walaupun time datang keje pagi2 tadi takde mood.
Macam biase, lepas masuk makmal,buka pintu tingkap, kemas sikit2, terus masuk bilik. Bukak fb, scroll news feed.
Tak tau kenapa hari ni banyak pulak ustaz2 share doa. Bila baca doa tu dengan penuh harapan, tenang sikit jiwa yg galau ni.
And Alhamdulillah, dalam takde mood tu, tetiba kawan datang cakap baju korporat dah sampai and kena pegi amik kat office. Wahh.. gud news. Dah lama tunggu baju tu. 


Baju korporat 2 helai,skirt n kasut. Cantek....!!!
Hati riang gumbira jek. Alhamdulillah. Allah boleh twist hati kita sekelip mata je. Dari galau jadik hepi. Insaf kejap. Selama ni doa tak bersungguh. Tak gantung pengharapan sepenuhnya pada Dia.

Tengah lepak2 dgn cikgu2 dekat bilik makmal, tetiba cikgu Raja Mahani dtg and hulur sampul putih. Katenye saguhati sikit atas sumbangan mengajar budak2 ting5 aritu.
Allahuakbar. Saya tak pernah pun mgharap upah. Niat betul2 nak tolong student2 score bio spm. So cuba tolak dgn baik sbb tak sedap hati je nak terima, tapi still cikgu nak bagi. Terpaksa juge terima.
 
Bukak sampul. Bajet mungkin dalam Rm50 or Rm20. Tapi rupanya2 tak. Terkejut bila tengok.
Dua keping not 50.


 Allahurabbi.. 
Rezeki Allah tak terjangka. Bila kita betul2 letakkan pengharapan kita sepenuhnya pada Dia. Semalam hati gundah gulana. Tapi hari ni Allah gembirakan dgn nikmatNya.
Alhamdulillah. Segala puji hanya bagi Allah.

Moral of the story, Lets put our trust in Allah. InsyaAllah..

Oke all.. May Allah bless. Bye..

Saturday, October 18, 2014

Aku Mentadbir. Allah jua Mentakdir.


Assalamualaikum warahmatullah..

Alhamdulillah dapat mencoret lagi lepas beberapa hari publish entry pertama after comeback.Still kira istiqamah ke camni? Hehe.. cubalah sedaya upaya. Bukan takde idea. Bersusun-susun idea datang mengetuk pintu pikiran ni. Tapi entah la. Berat je rasa jari ni nak mencoret . Betul la kata suhaira, bila dah stop, susahnya nak start balik. Kan Su? J

So hari ni cuba perah otak yang sekian lama membeku ni.

Encik suami yang tengah khusyuk layan anime tu punmacam terkejut tengok I. “Lajunya menaip”.
Eh, cam perli jek.haha. Whatever lah, time semangat nak menulis baik I teruskan sampai noktah.
Masih terasa kerasnya jari jemari mengatur rentak di atas keyboard. Wahh.. puitis gitu ayat.

Macam lari jauh jek dengan tajuk  kat atas tu kan.
Kenapa tiba2 up tajuk tu? Sebab….

Saat ni hati rasa kosong. Dingin. Rapuh. Susah nak zahirkan perasaan ni. Tiba2 hati and otak terfikir pasal kehidupan. Ujian. Takdir. Tertanya-tanya.

*****why always me?*****



Manusia mana yang tak diuji? Sedangkan tujuan Allah menciptakan manusia pun untuk diuji. Untuk mentaati setiap suruhan dan perintahNya. Waima ujian yang kecil atau besar. Wajib terima. Wajib hadapi. Dengan hati yang redha dan pasrah. (Tazkirah untuk diri sendiri)




Redha dari hati. Itu lah yang paling susah nak buat. Sebab melibatkan hati kecil kita. Tak boleh nak bohong. Kita sendiri yang tau, kita redha dengan sebenar-benar atau tak. Kadang-kadang tanpa sedar kita persoalkan takdir Allah. Hanya kerana kita merasakan tadbir kita dah terbaik. Astaghfirullah.

I wanna be happy. Just like others. I wanna have pleasure in life. Just like them.
 Itu hati saya berkata-kata. Tapi hati kecil hati paling dalam kata, apa yang ditakdirkan Allah buatmu adalah terbaik.

 Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.


Smile!!!! (^___^)  Alhamdulillah.



Kita Cuma mentadbir. Allah jua yang mentakdir.

Oke all. See u next time. May Allah Bless.




Sunday, October 12, 2014

Hi.... Im Back..!!!!!

Assalamualaikum Warahmatullah..

Again, Im back..!!!  *grin*

First time post new entry after almost 3 years. Haha. Jari rasa kekok je nak menaip and idea macam malu-malu kucing nak appear kan. 
BTW, dapat kekuatan and dorongan untuk buat come back lepas ziarah blog cantek my besties. Jeles sangat tengok blog kalian. So terfikir nak jenguk blog sendiri.  
Nakamas...!!! Im here bcoz of you. Haha. Please terharu ye. 

Nothing much to say. Just a muqaddimah of my come back. And idea pun tak ada. InsyaAllah berazam untuk hidupkan semula blog  ni. Istiqamah ke ni.Huhu.. InsyaAllah. Harap dapat manfaatkan apa yang ada ni untuk kebaikan. 


Sebelum undur diri, nah. Sedikit madah untuk dihayati. Copy dari blog orang lain je. At least ada jugak pengisian kan. ^_^
Alhamdulillah. Segala puji hanya bagi Allah. 

SAY THANK YOU..ALLAH!!

Count your blessing..
Do not cry if you don't have a pair of shoes,
for they are others who may not have a foot...

Count your blessing...
Do not whine if you do not have a car to drive
for they are others who may not have a leg to walk..

Count your blessing...
Do not complain if you have been diagnosed by chronic illness,
for they are others who just died without a chance to say goodbye..