Assalamualaikum warahmatullah..
Alhamdulillah dapat mencoret lagi lepas beberapa hari publish entry
pertama after comeback.Still kira istiqamah ke camni? Hehe.. cubalah sedaya
upaya. Bukan takde idea. Bersusun-susun idea datang mengetuk pintu pikiran ni.
Tapi entah la. Berat je rasa jari ni nak mencoret . Betul la kata suhaira, bila
dah stop, susahnya nak start balik. Kan Su? J
So hari ni cuba perah otak yang sekian lama membeku ni.
Encik suami yang tengah khusyuk layan anime tu punmacam terkejut tengok
I. “Lajunya menaip”.
Eh, cam perli jek.haha. Whatever lah, time semangat nak menulis baik I
teruskan sampai noktah.
Masih terasa kerasnya jari jemari mengatur rentak di atas keyboard.
Wahh.. puitis gitu ayat.
Macam lari jauh jek dengan tajuk kat atas tu kan.
Kenapa tiba2 up tajuk tu? Sebab….
Saat ni hati rasa kosong. Dingin. Rapuh. Susah nak zahirkan perasaan
ni. Tiba2 hati and otak terfikir pasal kehidupan. Ujian. Takdir.
Tertanya-tanya.
*****why always me?*****
Manusia mana yang tak diuji? Sedangkan tujuan Allah menciptakan manusia
pun untuk diuji. Untuk mentaati setiap suruhan dan perintahNya. Waima ujian
yang kecil atau besar. Wajib terima. Wajib hadapi. Dengan hati yang redha dan
pasrah. (Tazkirah untuk diri sendiri)
Redha dari hati. Itu lah yang paling susah nak buat. Sebab melibatkan
hati kecil kita. Tak boleh nak bohong. Kita sendiri yang tau, kita redha dengan
sebenar-benar atau tak. Kadang-kadang tanpa sedar kita persoalkan takdir Allah.
Hanya kerana kita merasakan tadbir kita dah terbaik. Astaghfirullah.
I wanna be happy. Just like others. I wanna have pleasure in life. Just
like them.
Itu hati saya berkata-kata. Tapi hati kecil hati paling dalam kata, apa yang ditakdirkan Allah buatmu adalah terbaik.
Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
Smile!!!! (^___^) Alhamdulillah.
Kita Cuma mentadbir. Allah jua yang mentakdir.
Oke all. See u next time. May Allah Bless.
salam.. y sy bru bce ni..???? haha oke. nik still tgk anime. both of u sgt sweet. haha ^_6
ReplyDelete